Kata Anak Lelaki Sulung Azizul Dan Shalwati, “Rasa Seolah-olah Darah Mengalir Keluar Dari Kaki”

Trending

Kata Anak Lelaki Sulung Azizul Dan Shalwati, “Rasa Seolah-olah Darah Mengalir Keluar Dari Kaki”

Anak lelaki sulung Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal iaitu Ammar, 12, terus mengejutkan mahkamah dengan pendedahan dramatik mengenai pelbagai insiden di mana ibu bapanya memukul dia dan adik beradiknya pada hari perbicaraan yang ketiga.

Dalam beberapa video yang ditunjukkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell—Ammar ditemubual oleh pegawai penyiasat dan dia tidak perlu didorong oleh pegawai penyiasat untuk bercerita.

Advertisement

313976pre_568c70e6a0c6ca8

Dalam satu kejadian dia menceritakan kepada pegawai bagaimana kakak sulungnya, Aishah, 14, mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibu bapa mereka yang berlaku setiap bulan. Sudah tentu kemudiannya kakaknya itu dipukul oleh ibu bapanya.

Satu kejadian lain melibatkan dirinya dan ibunya. Ibu meminta dia mencuci bilik mandi dan dia mengomel dan mengeluh kerana tidak suka lakukan kerja tersebut. Ini menyebabkan ibunya rasa terganggu dan terus memukulnya dengan tali pinggang.

Saya rasa seolah-olah darah mengalir keluar dari kaki. Saya juga juga rasa seolah kaki disimbah air panas. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik bapa saya, berwarna coklat.

Kristofer Sahre, peguam Shalwati, berkata yang kenyataan Ammar tidak konsisten dengan kenyataan saksi-saksi yang lain, dan ini boleh menjadi kesempatan yang baik untuk pihak peguam.

Ammar juga bercerita yang ibunya pernah menghukumnya dengan mencubit pangkal pahanya, dekat dengan alat sulit. Dia tidak ingat mengapa dia dihukum sebegitu, bagaimanapun dia yakin ibunya tidak akan melakukan perbuatan seperti itu lagi.

Ia berlaku lama dahulu semasa dia berusia lapan tahun dan pada masa itu keluarganya menetap di Afrika Selatan.

Ammar juga pernah mendengar perbualan ibu bapanya pada suatu malam,  di mana ibunya mencadangkan pada bapanya supaya hanya ibunya saja yang memukul untuk mendisiplinkan mereka.

Dia mendengar ibunya memberitahu bapanya dalam Bahasa Malaysia yang bapanya memukul dengan kuat dan bila bapanya yang memukul, anak-anak menangis dengan lebih kuat. Pada masa itu dia berjalan di hadapan bilik ibu bapanya dan terdengar perbualan itu.

Walau bagaimanapun, di sebalik semua maklumat dan cerita dramatiknya, Ammar masih menunjukkan tanda-tanda penyesalan. Di permulaan temubual, dia bertanya bila ibu bapanya akan dibebaskan.

Rasa dah lama. Dah empat minggu dan saya rasa pelik dah lama tak melihat mereka. Saya harap ibu bapa saya akan kembali ke rumah dan kami akan baik-baik saja bersama.

Advertisement

Azizul dan Shalwati ditahan sejak Disember 2013 kerana dituduh mendera empat anak mereka, yang kini dijaga makcik mereka di Kelantan.

Mereka dibawa pulang ke Malaysia bulan lepas oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Anak sulung mereka, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala Adam, 11, dan Arif kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan hari ke empat akan berlangsung pada 24 Februari.

Laporan asal: Astro Awani

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

146 Comments

  1. miami movers and packers

    July 16, 2014 at 1:41 pm

    Compare free internet moving quotes and choose the best full service moving
    companies based on services & price. Plus, companies have slowly learned that when they add up the costs associated with manufacturing overseas, they might as well pay American workers those
    union wages. You will have to move everything from knickers to sneakers, from books
    to items, from carpets to computer systems, from DVDs
    to new music system.

  2. aman

    June 23, 2014 at 5:51 pm

    great people talk about ideas,
    average people talk about things,
    small people talk about other people.

    think positive get positive Insyallah

  3. organic

    May 3, 2014 at 3:15 am

    Budak2 tk pandai menipu ? Ohhoo ..lancau

Loading...