Karnival Bakat My Gempak Platform Rakyat Malaysia Pamer Bakat Tersendiri

Karnival Bakat My Gempak Platform Rakyat Malaysia Pamer Bakat Tersendiri

Lain orang, lain kebolehan dan bakatnya. Bakat ini biasanya ada secara semulajadi dan kemudiannya diasah sehingga menjadi sesuatu yang luar biasa dan menarik perhatian.Kalau di Britain, kita pernah mendengar tentang Britain Got Talent dan kemudiannya diteruskan dengan America Got Talent.

Di Malaysia, pertandingan bakat yang biasa dibuat ialah nyanyian dan tarian. Tapi bakat sebenarnya bukanlah kepada nyanyian saja dan tarian saja, malah silap mata, akrobatik, lawak jenaka dan sebagainya, bergantung kepada kebolehan dan kreativiti seseorang.

Advertisement

Atas dasar itu, warga Malaysia yang mempunyai bakat-bakat yang tersendiri yang unik,  silap mata, lawak jenaka, akrobatik dan sebagainya adalah dijemput untuk hadir ke uji bakat program Karnival Bakat My Gempak yang merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Karnival ini terbahagi kepada tiga program:-

1. Mimpi Ke Bintang – Pencarian Bakat 1 Malaysia

Mencari mereka yang berbakat:-

  • Silap mata
  • Meniru suara/bunyi
  • Cipta sesuatu yang kreatif
  • Formasi kreatif
  • Atau apa-apa sahaja yang berbeza (selain nyanyian, melukis dan menari)

Contohnya:-

2. My Ekspresi

Mencari belia berusia 18 hingga 30 tahun yang berbakat mencipta koreografi tarian tradisional dan komposer muzik tradisional Malaysia. Contoh:

3. Lantai Cilik

Mencari kanak-kanak bawah 12 tahun yang berbakat menari tarian tradisional berkumpulan (4 orang satu kumpulan). Contoh:

SYARAT-SYARAT

1. Usia

  • Mimpi ke Bintang – Tiada Had Umur
  • My Ekspresi – 18 – 30 tahun
  • Lantai Cilik – bawah 12 tahun

2. Warganegara Malaysia
3. Profesional dan Amatur
4. Bawa salinan Kad Pengenalan dan gambar 4R
5. Bawa minus one sendiri dan alat muzik berkaitan bakat
6. Borang penyertaan boleh didapati di lokasi uji bakat berikut

JADUAL UJI BAKAT SELURUH MALAYSIA

LOKASI

TARIKH

TAMAN BUDAYA, JKKN TERENGGANU

01 – 06.10.2012

RTM KEDAH

08 – 13.10.2012

RTM KUCHING, SARAWAK

15 – 20.10.2012

TAMAN BUDAYA, JKKN MELAKA

05 – 10.11.2012

KOMPLEKS BUDAYA,JKKN SABAH

03 – 08.12.2012

RTM SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

10 – 15.12.2012

Untuk maklumat lanjut, like Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atau hubungi 03-2052 3600.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...