Perceraian tidak dinafikan akan memberikan impak besar terhadap anak-anak, apatah lagi perpisahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan mempunyai pelbagai isu dan kontroversi.
Tidak pernah menanam rasa benci dalam diri anak-anak terhadap bapa mereka, Rita mengharap satu hari nanti bekas suaminya itu akan kembali ke sisi anak-anak. Mereka perlukan kasih sayang seorang ayah.
Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar. Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak. Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka.
Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Saya sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai.
Terdahulu, Rita akui ada pihak yang tidak senang hati dan ‘panas’ sekiranya beliau berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka.
Walaupun mempunyai halangan, Rita tidak akan putus asa untuk mempertemukan serta mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka.
Tidak mungkin seorang bapa begitu mudah melupakan anak-anaknya kan? Kami juga mendoakan agar pertemuan ini akan berlaku satu hari nanti. Air yang dicencang tidak akan putus.