Baru-baru ini, nama pelakon Zul Yahya menjadi perhatian ramai selepas dia dilaporkan sedang berdepan fasa sukar susulan perniagaan yang diusahakannya kurang stabil sehingga memberi kesan kepada kewangan keluarganya.
Susulan itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tampil menyatakan hasrat untuk membantu Zul, namun menghormati keputusan pelakon tersebut yang enggan menerima sumbangan daripada pihak persatuan.
Sumber : HARIAN METRO “Kami ingin membantunya dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Zul bagaimanapun ada menghubungi saya dan menjelaskan situasinya setakat ini masih okay.”
“Zul bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Karyawan kerana mengambil perhatian berkenaan nasibnya. Saya rasa bukan dia yang minta perhatian.”
“Ada orang lain yang ‘highlight’ cerita ini, dia susah dan sebagainya. Bukan dia. Nampak dia pun tak berapa nak ‘highlight’ masalahnya dan nak privasi,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Menurut Freddie, semua pihak sewajarnya menghormati pendirian Zul sekiranya pelakon itu memilih untuk mencari jalan terbaik buat dirinya dan keluarga.
@datoserividaofficial Ambil setiap kebaikan dan nasihat yang diberi tanpa melihat siapa yang menyampaikan . Insyallah sama sama perbaiki diri & sama sama support satu sama lain terima kasih @zulyahya daie sudi bersama saya hari ini??? #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #zulyahya
? original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
“Saya ada bercakap dengannya kalau perlu apa-apa bantuan, beritahu sahaja. Dia jawab okay dah tentu, jadi saya rasa dia bukan minta sesiapa tolong pun.”
“Tapi bila ada cerita yang keluar saya tengok dan hubungi dia, jawapannya begitu. Kita tunggulah, kalau dia perlukan bantuan, Karyawan sedia untuk membantu.”
Dalam pada itu, situasi yang dilalui Zul turut mendapat perhatian usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, yang tampil membantunya ketika sesi siaran langsung di TikTok semalam. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
