Kami ‘Dating’ Sekali Sahaja Dan Terus Ambil Keputusan Untuk Bertunang – Awi Rafael

Hiburan

Kami ‘Dating’ Sekali Sahaja Dan Terus Ambil Keputusan Untuk Bertunang – Awi Rafael

Ramai juga yang terkejut dengan berita pertunangan penyanyi Awi Rafael dan Atikah Suhaime baru-baru ini. Tiada sebarang gosip percintaan ataupun melihat mereka mesra bersama sebelum ini.

Advertisement

Bercerita mengenai perkenalannya dengan Atikah, Awi memberitahu beliau sebenarnya sudah lama mengenali wanita itu sewaktu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Hanez Suraya.  Awi tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk bercinta dan mendedahkan beliau hanya sekali sahaja “dating” dengan Atikah.

Hubungan kami terjalin secara natural. Kami berkenalan kira-kira lapan tahun lalu dan ketika itu saya masih teman lelaki Hanez. Bila jumpa dia lima bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk bertunang. ‘Dating’ pun sekali sahaja. Itu pun bertemankan mak saya.

Sifat penyabar dan positif Atikah membuka hatinya serta membuatkan Awi lebih bersedia untuk bergelar seorang suami. Malah, Atikah seorang yang sangat baik dan rapat dengan keluarganya. Semoga perancangan mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : QASHRUL HIDAFI PHOTOGRAPHY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...