Kalau Tak Jumpa Di Syurga, Carilah Saya Di Neraka – Safiey Illias

Hiburan

Kalau Tak Jumpa Di Syurga, Carilah Saya Di Neraka – Safiey Illias

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias telah mengadakan majlis iftar Ramadhan dan sambutan hari jadinya yang ke 24 di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur dengan menjemput pelajar tahfiz serta anak yatim.

Advertisement

Ingin berkongsi kegembiraan beliau, Safiey turut memuat naik beberapa foto sekitar kemeriahan majlis tersebut di akaun Instagramnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang disertakan. Sering dihimpit dengan kontroversi serta menerima pelbagai cacian daripada orang ramai kerana keputusannya untuk berubah menjadi seorang perempuan semula selepas bersungguh-sungguh mengatakan beliau bertaubat, Safiey berkata, beliau sebenarnya sedang cuba sedaya upaya untuk mencari hidayah yang hilang.

Memang beliau mempunyai keburukan tetapi tidak adil untuk masyarakat terus menghakimi serta menjatuhkan hukum kepada dirinya.

Jika masyarakat terus kecam Safiey, mungkin sahaja jiwanya akan terus “memberontak”  dan terus tampil sebegini. Doakan yang baik-baik sahaja agar satu hari nanti beliau kembali ke pangkal jalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...