Kalau Nak Bertunang 3 Tahun Ok Ke? – Fasha Sandha

Hiburan

Kalau Nak Bertunang 3 Tahun Ok Ke? – Fasha Sandha

Sudah sebulan mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya, Aidil Aziz, pelakon jelita Fasha Sandha kelihatan sangat bahagia sekali.

Advertisement

Pertama kali bertunang, Fasha akui ia adalah pengalaman paling indah dan membahagiakan buatnya dan setakat ini melalui fasa tersebut dengan baik sekali. Kalau boleh, Fasha ingin bertunang selama tiga tahun.

Namun, rata-rata peminat meminta agar pasangan merpati dua sejoli ini untuk mendirikan rumah tangga secepatnya dan tidak perlu tunggu lama-lama kalau sudah begitu serasi dan saling mencintai.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup. Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012 . Mereka kemudiannya bercerai  pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...