“Kalau Mak Tegur Kri Delete, Wardina Tegur Kri Siap Post Komennya”, Netizen Sebak Baca Komen Ibu Aliff Syukri

Hiburan

“Kalau Mak Tegur Kri Delete, Wardina Tegur Kri Siap Post Komennya”, Netizen Sebak Baca Komen Ibu Aliff Syukri

Selepas mengeluarkan video klip “Bobo Di Mana” yang menampilkan Sajat dan Lucinta, Datuk Aliff Syukri teruk dihentam oleh para netizen. Banyak teguran yang telah dihantar oleh mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan usahawan jutawan ini, namun komen daripada ibu Aliff Syukri yang paling mencuri perhatian. Untuk anda yang tidak tahu, ibu Aliff Syukri adalah Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi.

rozita ibrahimn

Advertisement

Sangat-sangat menyayat hati apabila ibu Aliff Syukri meluahkan isi hatinya kepada “Kri”, yang merupakan panggilannya kepada Aliff Syukri. Sedikit sebanyak tersentuh juga hati seorang ibu apabila komennya dipadamkan sedangkan komen daripada selebriti lain siap di’post’ semula oleh Aliff Syukri.

rozita ibrahimn

Tulis Rozita:-

Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik. Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.

Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita. Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku

aliff syukri

Sebagai seorang anak, Aliff Syukri sepatutnya mengambil berat nasihat dan pesanan daripada ibu tercinta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara sensitif sebegini. Pelik juga kenapa usahawan sehebat dan sekaya Aliff Syukri ingin membabitkan diri dengan pihak yang diragui jantinanya. Seelok-eloknya elakkan diri dan jauhkan daripada golongan sebegini. Nak popular ada cara lain. Tak perlu terhegeh-hegeh nak berjoget dengan geng-geng pelik ini. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...