July 9th, 2014

Baru-baru ini telah tersebar gambar Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania dengan seorang lelaki. Khabar angin bertiup kencang bahawa si lelaki yang bernama Raja Zainal Badri ini adalah kekasih Raisyyah. Memang ramai jejaka yang kecewa apabila khabar ingin bertebaran. Tambah kecewa sebab boleh tahan kacak juga orangnya Raja Zainal ini. Sekali pandang, kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan kan?

raja zainal

Walaupun sudah menafikan bahawa Raja Zainal itu bukan kekasihnya, ramai yang membuat tanggapan bahawa Raisyyah Rania memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan orang kaya. Abang Nara tak tahulah sama ada Raja Zainal itu kaya atau pun tak. Namun menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Raisyyah Rania di Facebooknya, bekas model ini tidak menolak sekiranya sudah tertulis bahawa jodohnya adalah seorang lelaki kaya.

Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang ALLAH tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut. Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh.

Hmmmm. Abang Nara pelik juga kenapa nak kecoh kalau si Raisyyah Rania nie nak kahwin dengan lelaki kaya. Kalau Abang Nara jadi perempuan pun, mestilah nak cari suami yang berduit sedikit. Takkanlah nak cari suami miskin kot. Takderlah sampai tahap kaya macam Bill Gates tue, tapi kalau dapat suami yang boleh tanggung belanja makan minum dan shopping apa yang patut, itu pun dah cukup. Tapi tak adalah tengok kaya je terus nak kahwin. Ada la kriteria lain jugak. Tak gitu? Setakat kawan perempuan Abang Nara, tak ada la plak rasanya pernah diorang cakap nak suami miskin. Semuanya nak suami yang boleh beri mereka keselesaan hidup. Apa kata anda?

UPDATE: Bukanlah Abang Nara nak kata asal laki kaya je terus ok nak kahwin. Kalau laki tue kaya, beriman dan boleh bimbing kita, maka sesuailah dipilih untuk jadikan suami. Tapi kalau laki tue kaya pun tak kaya sangat, hidup suka berjoli, tak reti nak berjimat cermat, takkan dengan yang tue pun kita nak kawin kan?

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Design terbaik dan professional , harga terendah di pasaran.


Comments are closed.

Loading...