Kalau Diputarkan Masa Pun, Saya Tak Rasa Nak Ubah Apa Yang Dah Terjadi – Sufian Suhaimi

Hiburan

Kalau Diputarkan Masa Pun, Saya Tak Rasa Nak Ubah Apa Yang Dah Terjadi – Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi membuatkan ramai yang merasa kagum dan bangga dengan pencapaian beliau yang berjaya menggengam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa meskipun menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.

Advertisement

Walaupun pengajian itu sebelum ini terpaksa dilanjutkan lebih setahun lamanya, Sufian berkata beliau tidak menjadikan alasan kisah cintanya yang tidak kesampaian sebagai satu halangan mahupun alasan untuk beliau mencapai cita-citanya.

Saya tak rasa sebab cinta pelajaran tertangguh, semua yang berlaku ada hikmahnya dan juga ada sebab kenapa saya tak grad on time. Bila dikumpulkan kembali, benda inilah yang membentuk diri saya yang sekarang dan kalau diputarkan masa pun saya tak rasa nak ubah apa yang saya telah lakukan.

Sufian berharap kejayaan beliau itu dapat memberikan motivasi serta sumber inspirasi untuk golongan muda diluar sana terus bersemangat untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Terima kasih kepada mereka yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah daripada pagi majlis konvokesyen sehinggalah ke hari ini. Saya harap apa yang saya dapat ini (Ijazah Sarjana) dapat inspire golongan muda terutamanya peminat dan rakan-rakan artis untuk mengimbangi kerjaya dan pelajaran supaya menjamin masa depan yang cerah.

Bak kata pepatah, apa yang berlaku tidak perlu lagi dikenang. Terus pandang ke hadapan dan binalah kehidupan serta kenangan yang baru.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...