March 2nd, 2018

Sejak beberapa hari ini kontroversi serta kemelut rumah tangga Izreen Azminda bersama madunya Intan Liana serta suami Ude Wahid mendapat perhatian ramai. Sehingga saat ini, Izreen masih menerima pelbagai kecaman sehingga beliau terpaksa nyahaktif akaun Instagramnya.

Pernah merasai sakitnya hati apabila suaminya Aliff Aziz curang dan terlibat dengan kontroversi berdua-duaan di sebuah pusat karaoke bersama aktres Afifah Nasir sebelum ini, penyanyi Bella Astillah turut terkesan dengan berita Intan yang ingin diceraikan.

Simpati dengan nasib Intan yang dimadukan dalam senyap, Bella berkata seseorang wanita itu seharusnya menjaga batas pergaulan mereka dan menjauhkan diri dengan lelaki yang sudah beristeri.

Betul ia melibatkan dua pihak tapi dari awal berjumpa mesti sudah tahu suami orang, seharusnya kita tahu limit kita, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan kita. Hormatilah hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang.

Pada 30 November 2017, Izreen tampil membuat pendedahan beliau sudah berkahwin secara rahsia dengan Ude pada 8 Ogos 2017. Untuk pengetahuan anda, pada hari yang sama Ude telah memfailkan permohonan cerai terhadap Intan.

Lafaz cerai sepatutnya dilakukan pada hari Rabu lalu tetapi ditangguhkan sehingga 22 Mac depan untuk menyelesaikan beberapa isu termasuk hak penjagaan anak. Intan akui merasa sedih kerana tidak tahu sebab beliau ingin diceraikan dan masih menyayangi suaminya. Intan turut memberitahu beliau tidak pernah bersemuka dengan Izreen selepas mengetahui tentang perkahwinan aktres itu bersama Ude.

Sumber Berita : mStar Online


85 responses to “Kalau Dah Tahu Suami Orang, Jauhkan Diri – Bella Astillah Komen Isu Rumah Tangga Izreen Dan Intan”

  1. Anonymous says:

    Kita x tau mcmana kehidupan ude dan intan yg sebenar…tp dik ude…tugas ketua keluarga ni berat..5 thn pertama perkahwinan bknlah tempoh blh mengubah intan mcmana yg ude nk..tempoh tu sebenarnya utk mengenal diri pasangan..klu x sabar jd la mcm ni..klu sabar mungkin blh brtahan..dgn izreen nnti jgn buat mcm ni…sbb dr mata kasar tgk izreen pn blh tahan sebelum2 ni dlm mnjawab gosip..dik ude kena byk sabar

    • Wekkkkkkk says:

      Dgr cerita ” kontrak kecantikan” yg menjadikn izreen sbgai model telh menamatkn izreen dri kontrak tu. Sbb ” suara” mulut2 ” bawang” telah memberi kuasa utk meruntuhkn rezeki izreen. Padan muka ko izreen.
      Itulh sbbnya mengambil bapa dn rezeki anak2 org tu. Satu persatu akan lenyap soon. Padam muka ko ude jugk

  2. Anonymous says:

    BELLA..xpayah ckp mcm bagus sgt. ko pun tak boleh nak jamin si Alif ni xkan buat perangai lagi.

  3. Alanice says:

    Conclusion yg aku dpt : #teamizreen alih kn topik ke bella biar krg lupe izreen tu serangga perosak

  4. Anonymous says:

    Bella pun nak menyibuk gak…bella laki ko tu lain dr si ude tu….dia terang2 mmg byk problem sbelum kawin dgn ko bkn kes pipah…kawin dgn ko pun sbb nak pr je

  5. LadyB says:

    Tapi sungguh..laki org mmg pandai berkata-kata n caring kalau nk bandingkan yg masih bujang. Nak kongsi pengalamn pernah nyaris nk jadi isteri kedua..bila laki org ni ckp dlm family dia semua termasuk ayah dia mesti ada 2 rumah ( 2 isteri). Pulak tu bgtau nk bnyakkn umat Nabi Muhammad. Adeihhh..nasib masa tu akal masih waras. Jumpa sorg ustaz and minta pendapat. Ustaz tu cakap..Kalau kamu boleh jadi permasuri kepada seorang lelaki bujang, kenapa pilih nak jadi gundik? Sampai harini teringat ayat ustaz tu..Alhamdulillah..dah ketemu pon orangnya. Bersyukur sngt sbb x runtuhkan hidup wanita lain.

    • Anonymous says:

      Ya sungguh, aku pun nyaris, mmg caring laki org atau duda ni. Aku bkawan dlm 5 tahun, dia kata dia duda, jumpa aku mcm bujang je waktunya. Bila jumpa aku sesuka hati nk balik kul berapa, mcm x ada maslah. Mcm bkn laki org. Siap ikut balik kpg saya. Tapi yg hairanya, dia kata dia duda, tapi kenapa waktu mlm saya call x penah dpt. Dia ckp waktu mlm nk rehat dn jgn kacau, jdi di dlm syak wasangka tu, cubalh call JAWI, siap tanya adakah si polan sorang ni dh brcerai. Bila JAWI tolong, dia kata sudah. Aku lega, teruskn kawan.

      Tapi masih sangsi, call lagi, kalau sudah brcerai, boleh ke saya tanya, ada lagi ke isteri lain.JAWI ckp maaf, x boleh bagi tau. Cukuplh info yg pertma tu.

      Nk di jadikan cerita dn Kuasa Allah tu maha besar, ..3 hari x jumpa saya, saya hairan, rupa nyer kena stroke trlantar di cepital, siap nangis minta mmaf pada saya dn jgn tinggalkan dia.

      Ya..Allah rupanya yg di ceraikn nya yg dulu tu adalah bini kedua..bini pertama ada kt cepital tu.
      Bini pertama terkedu tgok aku dtg, dia penyabar sgt dn baik hati.
      Lalu saya ckp, saya x tau kak, selama bkawan dgn dia, dia kata dia duda..jdi kak jgn salahkn saya.

      So, saya pun larikn diri. Maha Kuasa Allah membuatkn aku meningglkn dia adalah kerana Allah dh beri pengajran pada lelaki tu kena stroke dn nasib baik aku x menikah dgn dia.
      Itulh laki org.

    • Anonymous says:

      Dan skrg aku mnikh dgn ” org asing dri asia barat dn islam” dan bujg bkn laki org, alhmdulillh, aku bahagia dn ada anak walaupun aku lmbt dpt ank di usia 38 yg pertama, tapi aku bersyukur. Allah menemukn ku dgn org yg jujur dn brtggungjwb dn ” kacak” …hahaha..jgn kondem ye.

      Tapi yg aku myesal, aku dh buang masa hmpir 6 tahun myayangi laki org..
      Bukn ckp bsr” tak mau lh laki org”.
      Rela kawen bkn warganegara jika org tu baik. Lelaki mlaysia ni byk auta dri fakta.

    • ffff says:

      Bgs kak!!!! Semoga akk bahagia smp ke ank cucu aka till jannah =)

Loading...