Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Dah Gatal Atau Mahu Menempek Kesenangan, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”

Kontroversi perkahwinan pemenang program Da’i Pendakwah Milenia 2014, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, dengan seorang wanita yang dikenali semasa menjalankan tugas membawa orang ramai menunaikan umrah di Makkah masih hangat diperkatakan.

Mendakwa keputusannya mengahwini wanita bernama Noorainul Naqim Mohd Radzi yang berusia 40-an sebagai ketentuan Allah, Farhan juga telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30 kerana tidak dapat menerima Noorainul sebagai madunya.

Advertisement

Setelah itu, semakin banyak kisah mengenai isteri baru Farhan tersingkap, antaranya dakwaan melarikan kereta, memfitnah dan tidak membayar kerja pengubahsuaian hospital dan status doktor perubatan yang diragui.

Terbaru, pendakwah dikenali ramai, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, telah menulis di Facebook membidas penceramah hasil program televisyen realiti kerana asyik terlibat dengan kontroversi.

Advertisement

Tulisan Ridhuan kini mendapat 9,900 tanda suka dan lebih 3,100 perkongsian dan jumlah komen pula mencapai hampir 900.

Setakat ini Farhan tidak memberi sebarang reaksi terhadap teguran-teguran yang dibuat kepadanya, dan tidak membuat sebarang kenyataan permohonan maaf walaupun dituntut oleh rakan baik bekas isterinya iaiatu Ches Al-Maliki setelah menuduh wanita itu memfitnah. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Booba

    December 12, 2019 at 9:03 pm

    Hambikkk kauuu… Skali sebijik kene dgn ustaz ridhuan tee….. Memalukan kaum golongan agama betul laaa…. Pasni x payahlah sibuk nk adakan program dai2, PU2 ni… Memalukan sungguhhhhh!!!!!

  2. Anonymous

    December 12, 2019 at 4:47 pm

    berckp mcm agama2 sgt..ckp lelaki beristri satu lowclass..dia kawen satu lagi,dan ceraikan istri pertama yang sedang sarat mengandungkan anak dia sendri,tu kelas ke berapa???tnyer jer….berhenti gunakan agama..berckap semua takdir…

  3. Anonymous

    December 12, 2019 at 12:22 pm

    isteri seorang ustaz boleh pakai makeup berlebih-lebihan ke? lipstick menyala?mcm dah tersalah pilih kaca dari permata. takpun memang selama ni dia pun sama je dengan acah2 Dr. tu, tu sesuai sangat dua2 ni..

  4. Ra

    December 12, 2019 at 11:25 am

    Fuhhh……terbaikkk padiu… syabas ustaz salah tetap salah tak perlu berkias bagai dlm teguran….semoga Allah memberkati

    Yg berkaitan ada faham….bila org ckp penunggang agama dia lawan balik agama mmg kena tunggangpun…skg jawabbbb blagak Kann…

  5. Anonymous

    December 12, 2019 at 11:20 am

    haa ah betul tuh… geng2 lopak bole tolong backup2 PU & Dai perangai hauk ni… guna taktik sama ‘sesama Islam nk jatuhkan Islam’ alasan nyer… taktik jual susu pisang timbang kilo agar yg bodoh spend duit yg ade g beli…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top