“Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown..” Janna Nick Risau Kes COVID-19 Semakin Meningkat

Hiburan

“Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Boleh La Self Lockdown..” Janna Nick Risau Kes COVID-19 Semakin Meningkat

Pelakon dan juga pengacara, Janna Nick menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati apabila kerajaan enggan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan kala ini.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsikan luahan perasaan kecewa tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Ujar Janna, mereka yang bekerja terpaksa keluar rumah kerana mencari rezeki namun terdedah kepada jangkitan wabak tersebut.

“Self lockdown? Ntah la nak. Kalau company tu bapak kita punya bolehlah self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif selagi tu lah terpaksa keluar bekerja. Lagi satu, ingat berlakon ni boleh pakai mask ke? Ntah la, bukan nak merungut, kita ni risaukan orang lain, family. Takut kita ni jadi silent carrier..”

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, perlaksanaan PKP 3.0 ketika ini tidak membantu dalam mengurangkan kes jangkitan dan sehubungan dengan itu, Janna berasa hairan dengan keengganan melaksanakan ‘full lockdown’.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dia dalam pada itu turut mendoakan agar mereka di luar sana yang terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki agar sentiasa selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Terdahulu, sebuah sidang media KKM bersama MKN telah diadakan semalam di mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perlaksanaan PKP 3.0 dengan SOP yang lebih ketat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...