“Kalau Boleh Roti Canai Pun Nak Di ‘Sponsor’ 7 Hari Seminggu ” – Individu Pesan Jangan Mudah Percaya Artis Nak Buat Kerja ‘Free’

Kehidupan

“Kalau Boleh Roti Canai Pun Nak Di ‘Sponsor’ 7 Hari Seminggu ” – Individu Pesan Jangan Mudah Percaya Artis Nak Buat Kerja ‘Free’

Seperti diketahui ramai, sekarang ini ramai usahawan membayar selebriti ataupun influencer untuk promosikan produk ataupun barang yang dijual oleh mereka kerana lebih mudah diketahui netizen.

Dengan adanya jumlah ribuan pengikut di platform media sosial, ia akan membuat produk mereka mudah di beli serta berleluasa di serata tempat.

Advertisement

Bagaimanapun, terdapat seorang individu di platform Twitter memberi amaran kepada usahawan-usahawan agar tidak mudah percaya dengan selebriti yang mahukan barang percuma.

Di dalam ciapan tersebut, terdapat beberapa foto screenshot artikel selebriti tanpa segan-silu meminta agar diri mereka ditaja dengan percuma.

Ia seakan-akan menampakkan selebriti berkenaan seperti mengambil kesempatan kerana tajaan yang diminta secara percuma itu adalah untuk memudahkan diri sendiri.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan berkata hal ini sering kali berlaku ketika ini, lagi-lagi apabila munculnya influencer di kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, mereka turut berpendapat mungkin selebriti ataupun inluencer boleh meminta syarikat besar untuk menaja mereka tetapi bukanlah mengambil kesempatan kepada peniaga-peniaga kecil yang baru saja memulakan perniagaan mereka.

5 years ago

Ummi Nazeera Dan Diana Danielle Dikecam 'Bangsa Final', Dituduh Dapat Tiket AFF Suzuki Cup Percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...