Kaki Travel Oversea? Korang Mesti Selalu Hadapi 5 Masalah Ini Kan?

Hiburan

Kaki Travel Oversea? Korang Mesti Selalu Hadapi 5 Masalah Ini Kan?

Melancong ke luar negara memang menyeronokkan. Dapat tengok negara orang, dapat belajar budaya baru, dapat cuba makanan unik dan macam-macam lagilah. Namun tak semuanya indah apabila kita travel ke overseas ini. Ada je pelbagai masalah, dugaan, cabaran dan ranjau yang perlu ditempuhi ketika kita berada di sana.

image

Advertisement

Sekiranya anda memang seorang kaki travel, sudah pasti masalah-masalah di bawah ini seringkali anda hadapi ketika berada di luar negara, lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslim. Antaranya ialah:-

1. Payah nak cari restoran halal

image

Restoran Kampungku yang kini sangat popular di Seoul

Mencari makanan halal ketika berada di negara orang adalah satu cabaran yang amat hebat. Awal-awal mungkin kita boleh bertahan dengan memakan sayur-sayuran, ikan, udang atau seafood yang lain, namun masuk hari ketiga keempat, kita sudah mula terbayang sup ayam, nasi lemak rendang, daging goreng dan mee goreng.

Masa ini keazaman kita dah berada di kemuncak dan tiada apa yang akan dapat menghalang kita daripada mencari restoran halal di luar negara.

2. Masalah komunikasi dengan penduduk tempatan

image

bertanya jalan adalah satu perkara biasa, tapi persoalannya adakah mereka memahami apa yang kita tanya?

Satu perkara biasa ketika melancong ke luar negara ialah mendapat maklumat yang salah daripada orang tempatan, terutamanya di tempat English bukan bahasa utama. Contohnya kita tanya cara nak pergi Seoul Tower, tup-tup dia salah faham dan tunjukkan cara nak pergi Seoul Station. Memang pening kepala dibuatnya. Namun itulah lumrah dan asam garam apabila pergi melancong. Tak gitu?

3. Kena telefon Malaysia urgent

image

Kadangkala perkara yang kita tak jangka akan terjadi ketika berada di luar negara. Contohnya tengah syok-syok shopping, sekali nak swipe kad kredit kena reject pulak. Tak pun tiba-tiba dapat Whatsapp daripada ibu tercinta “telefon mak sekarang jugak”. Atau ada urusan kerja yang hanya boleh diselesaikan dengan satu panggilan telefon. Time-time inilah kepala kita dah mula pening dan tak tahu apa yang perlu dilakukan, lebih-lebih lagi kalau kita tak “roaming”kan telefon.

Tapi dengan pelan Digi Postpaid ni, korang boleh dapat 60 minit untuk panggilan IDD. Tak payah pening kepala macam mana nak buat panggilan ke Malaysia. Dah balik Malaysia, boleh sambung dapat panggilan tanpa batasan ke semua network pula. Haa, kan untung tu dengan pelan ni.

4. Data tak cukup nak ber”Insta”

2f01jo

Tiada perkara yang lebih potong “stim” terutama untuk kaum Hawa selain daripada mendapat mesej “data anda tidak mencukupi” ketika memuatnaik gambar percutian di luar negara ke Instagram. Macam mana korang nak sharekan kegembiraan dan keseronokan korang kalau nak upload gambar pun kena berkira?

Orang nak gi oversea sebab nak share the happiness. Bak kata pepatah, cinta tue tak mengenal sempadan. Takkan gi oversea je Instagram terus mati kan?

5GB tau korang boleh dapat dengan pelan Digi Postpaid ni. 5GB tu bukan takat nak masukkan gambar, buat IG atau FB live pun boleh untuk tunjuk keseronokan korang kat oversea tu. Lepas dah balik Malaysia, nak sambung masukkan gambar pun tak ada masalah, sebab boleh dapat 100GB untuk korang guna.

5. Bil roaming yang melampau tinggi

data-roaming-8

Pernah ke tak mengalami kesemua masalah macam ni? Mestilah kan? Tapi syukurlah ada jugak solusi daripada Digi! Dengan pelan Digi Postpaid ini, usah risau pasal bil roaming yang tinggi! Dengan 5GB Internet roaming percuma dan 60 minit call IDD tanpa batas ke 10 buah negara, pelan ini memang berbaloi!

Haa kalaulah ini terjadi pada anda si pembaca, macam mana pulak? Terpaksa berpisah dengan si Dia dan pergi overseas, mesti rindu la kan? Cakap pasal si dia tu, cuba tengok video ni..

Korang yang dekat Malaysia boleh menikmati panggilan percuma tanpa batasan ke semua network, malah boleh enjoy dengan 100GB internet!

Memang berbaloi dan korang tak rugi kalau sorang di Malasia dan lagi sorang di luar Negara. Jadi jika anda berada jauh di mana jua, dimana sahajalah yang anda sedang berada, dengan Digi Postpaid, semestinya dapat berhubungi dengan mereka yang disayangi.

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Digi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...