“Kakak Ipar Patut Layan Saya Seperti Mana Dia Layan Abang Saya”

Trending

“Kakak Ipar Patut Layan Saya Seperti Mana Dia Layan Abang Saya”

Saya nak cerita tentang kakak ipar saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum itu, saya berusia 29 tahun, masih bujang, ada degree m CGPA above 3.0, sudah bekerja, gred 41.

Advertisement

Di tempat kerja, saya ini kira level bos (junior). Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan, kerja banyak dan kadang-kadang stress.

Kebaikan saya, saya jenis yang tak berkira duit. Kalau ada orang nak pinjam duit, saya okay. Orang nak minta tolong bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya, saya tak suka buat kerja rumah, tak suka memasak, tak suka kemas rumah. Nobody is perfect.

Abang saya seorang businessman, kakak ipar pula kerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Semenjak sudah bekerja, saya tinggal dengan abang saya dan dia okay sahaja tetapi kakak ipar macam tak suka saya.

Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam (dia suka masak dan mengemas sampai saya naik rimas), dia jarang nak panggil makan sekali walaupun dia memang masak lebih untuk saya. Tetapi berat mulutnya nak memanggil saya untuk makan. Abang saya juga yang panggil.

Hari itu, abang saya tegur yang saya tak basuh pinggan. Alah, 1-2 pinggan saja pun nak berkira. Ini mesti kakak ipar yang bawa mulut. Kakak ipar juga jarang nak bersapa dengan saya di rumah. Kalau dia rasa nak tegur, dia tegur. Kalau tak, dia diam saja.

Saya tertanya-tanya, apa salah saya? Sebab saya tak tolong dia memasak ke? Atau sebab saya tak tolong buat kerja rumah ke? Sebab saya bangun lambat hujung minggu ke?

Semua ini bukan saja-saja sebab saya rasa dia tak suka saya. Sebab itu saya elakkan diri dari berjumpa dengan dia. Selepas mereka dah siap makan, barulah saya makan. Baik kan, saya? Tak ganggu privasi rumah tangga abang saya walaupun kakak ipar sangat kerek.

Satu lagi, kerja saya di pejabat banyak. Hujung minggulah peluang untuk saya nak berehat ke apa. Lagipun kakak ipar saya ini level kerani saja. Kerja mudah, susun fail, ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya.

Dia perlu faham perkara ini. Bagi peluang saya untuk release stress di rumah. Ini tidak, di pejabat stress, di rumah pun stress dengan sikap kakak ipar yang tidak menentu itu.

GERAM AKU!!!!

Saya ini siapa? Saya kan adik ipar dia? Layanlah saya seperti mana dia melayan abang saya. Dah kahwin, jangan terima lelaki itu sahaja tetapi terima juga keluarga dia.

Kakak ipar saya ini, di depan abang dia baik saja. Pagi petang malam dia masak dan buat air untuk abang saya. Saya tengok abang saya langsung tak buat kerja rumah.

Masak pun macam-macam tapi itu dengan abang saya. Dengan saya? Jangan harap dia nak buatkan air untuk saya. Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pula dia terima.

Maaf, sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin itu terimalah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian terima kasih.

P/s : Memanglah ipar perlu menerima kelebihan dan kekurangan keluarga pasangannya, namun bukan meminta layanan melampau dan tidak sedar diri seperti ini. Wanita yang dikatanya kerek itu adalah kakak ipar, bukannya orang gaji yang perlu memberi layanan diraja pada individu ini.

Sumber : KRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...