Kakak mana yang sanggup melihat adiknya terus dikecam dan merasa sakit hati apatah lagi dimalukan ketika siaran langsung sebuah program popular. Itulah juga yang dirasai oleh kakak kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noorhayati Kamarzaman ataupun lebih mesra dipanggil Yatie.
Yatie yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi menasihati adiknya tidak lagi menaja sebarang program TV selepas ini dan hanya fokus berniaga senyap-senyap untuk mengelak daripada terus dikecam.
Tidak mahu Aliff terus tertekan lagi, Yatie meminta agar jutawan kosmetik itu mendegar nasihatnya itu. Kata Yatie, bukan semua orang mampu memahami cara tersendiri seseorang itu berniaga dan beliau tidak sampai hati melihat Aliff sering dikritik.