Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan Mewah 5 Bintang

Hiburan

Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan Mewah 5 Bintang

Selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan pada 11 Oktober lalu, penyanyi Kaka Azraff memilih untuk berpantang selama 28 hari di sebuah pusat penjagaan mewah bertaraf lima bintang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

kaka azraff

Advertisement

Menurut Kaka dia memilih tempat berkenaan kerana mahukan penjagaan yang terbaik buat diri dan anaknya. Malah, suaminya juga dapat tinggal bersama dan dia merasa seronok semuanya berada dalam kedaan baik dan rapi.

Lagipun di sini saya dan anak dijaga dengan rapi selain terdapat aktiviti sihat untuk ibu yang baru melahirkan zuriat. Selalunya kita dengar wanita baru melahirkan anak akan berpantang di rumah, kemudian ada penjaga khusus yang datang untuk memantau. Tapi ketika mendengar mengenai pusat penjagaan ini saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman ini.

kaka azraff aslan

Alhamdulillah saya seronok dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Malah suami juga boleh tinggal bersama.

Berbicara mengenai pengalaman menjaga anak sulungnya, Kaka berkata Aslan seorang bayi yang sangat mudah dijaga, tidak banyak ragam.

kaka azraff

Setakat ini Aslan sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam. Dia akan terjaga apabila nak susu malah tidak kuat menangis. Saya juga tak sangka proses selepas kelahiran semudah ini. Mungkin saya melalui pelbagai dugaan sepanjang kelahiran apabila selama sembilan bulan muntah setiap hari.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan usahawan Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu selepas tiga bulan bercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...