“Kak Iti Doakan…” – ‘Post’ Video ‘Sweet’ Jumpa Anuar Zain, Rakan Selebriti Doakan Fafau Bertemu Jodoh

Hiburan

“Kak Iti Doakan…” – ‘Post’ Video ‘Sweet’ Jumpa Anuar Zain, Rakan Selebriti Doakan Fafau Bertemu Jodoh

Penyampai radio terkenal, Fara Fauzana, atau lebih dikenali sebagai Fafau, baru-baru ini mencuri perhatian warganet dan rakan selebriti selepas hantaran video yang dibuat di Instagram miliknya.

Dalam video berkenaan, Fafau berkongsi moment manis bertemu penyanyi lagenda, Anuar Zain, ketika konsert live di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 6 Ogos.

Advertisement

Dalam entri tersebut, dapat dilihat Anuar Zain memanggil nama Fara Fauzana yang membuatkan penyampai radio itu ‘angau’.

Saya dah belajar untuk relaks sebab tau ramai yang suka cewaahh walaupun dalam hati geramnya aku.”

Beralih ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari netizen dapat dilihat dan kebanyakkannya mendoakan agar Fafau mempunyai jodoh dengan Anuar Zain.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut berasa terhibur dan merestui sekiranya ada perhubungan yang berlaku di antara kedua-dua selebriti tersebut.

“Alhamdulillah… Kak Iti doakan.. Kak Iti doakan…,” tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Anuar Zain juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen “LOVE You Fafau…,” di bawah posting berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

datuk seri vida nafi dakwa anuar zain songsang
2 years ago

"Aku Sebut 'Kay' Lah" - Disuruh 'Ngorat', DSV Nafi Sebut Anuar Zain Songsang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...