January 2nd, 2019

Nampaknya tahun baru kali ini hangat dengan kisah cinta, kali ini kecoh dengan berita anggota kumpulan EXO Kai yang kini dilaporkan sedang bercinta dengan anggota kumpulan perempuan paling sensasi ketika ini iaitu BLACKPINK Jennie.

Laman web Korea, Disptach dapat merakam foto pasangan ini sedang ‘dating’ di sekitar Sangam-dong, Mapo-gu dan berpegangan tangan di Haneul Park, Seoul. Sebenarnya, itu bukan kali pertama Kai dan Jennie dilihat menghabiskan masa bersama. Sebelum ini, mereka cukup mesra bersama ketika menghadiri menghadiri Fashion Week di Paris.

Wakil SM Entertainment dan YG Entertainment juga telah memberi pengesahan yang mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Kisah cinta mereka menjadi bualan hangat di media sosial. Rata-rata peminat gembira dengan berita ini dan mengakui pasangan tersebut sangat sesuai bersama.

Sumber Berita  : Soompi.com


22 responses to “Kai EXO Dan Jennie Blackpink Sedang Hangat Bercinta”

  1. Unknown says:

    Thats not right lol….soon will brake up…hahahaha

  2. Elliza Razak says:

    LAGU KITA TERUTAMA RETRO MALAYSIA ZAMAN 80-AN HINGGA AWAL 2000-AN LAGI SEDAP DARIPADA LAGU-LAGU K-POP YANG MERAPU DAN MEREPEK INI!

  3. Anonymous says:

    huh..lagi terok bawang2 dri korea ni…smpai boleh scan gmbr…kiranya bwg malaysia ni masih ada hati dn perasaan.

    • Anonymous says:

      Bab2 ni kacang je bagi dispatch. Dorg hantar beberapa paparazzi follow artis yg dorg dah target tu 24/7

  4. anonymous says:

    Ye ke? Setaunya group Kpop ni dikawal dan di kongkong dgn ketat. Tak boleh bercouple.

  5. Anonymous says:

    x minat nak baca pun..baca tajuk je.

Loading...