Kahwin Tapi Tak Kenal Pasangan Sendiri, 22 Pengantin Dinikahkan Lepas Pengetua Umum Nama

Kehidupan

Kahwin Tapi Tak Kenal Pasangan Sendiri, 22 Pengantin Dinikahkan Lepas Pengetua Umum Nama

Setiap orang semestinya mahukan seseorang yang terbaik apabila mahu mendirikan rumah tangga. Dan sebelum memasuki alam perkahwinan, rata-rata telah mengenali antara satu sama lain selama beberapa tahun.

Tetapi berbeza dengan apa yang terjadi di Pondok Darul Falah Sidoarjo, Jawa Timur di mana perkahwinan dijalankan secara beramai-ramai tanpa masing-masing mengetahui bakal isteri atau suami yang bakal dinikahi.

Advertisement

Dikatakan, pengetua yang akan memetik nama secara rawak antara lelaki dan perempuan yang akan dinikahi.

Selain itu, ibu bapa kepada pengantin juga menemani anak masing-masing dan tidak saling mengenali bakal menantu atau biras mereka.

Menurut laporan Tribunnews, ini bukanlah acara yang dilakukan buat pertama kalinya, tetapi telah tujuh kali berlangsung di sekolah pondok berkenaan.

Tambah lagi, pengetua sekolah, Syaiful Bakri, pernikahan berkenaan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak yang bersedia untuk berumah tangga dalam usia muda.

Syaiful juga menyatakan beberapa faktor telah dipertimbangkan seperti perilaku bakal pengantin, pengetahuan, berat dan tinggi serta calon diminta untuk mendirikan solat Istikharah yang dinilai Ketua Agama sendiri.

Pihak pengurusan sekolah berkoordinasi dengan pejabat urusan agama tentang hal pernikahan calon-calon yang terlibat.

BACA: Dasar Biawak Hidup Lelaki Sweden Kahwini Skandal Di Langkawi, Bekas Isteri Dilayan Macam Hamba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tribunnews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...