Kahwin Lari Semakin Di ‘Normalize’, Laman Facebook Selamba Tawar Pakej Nikah Dekat Siam

Kehidupan

Kahwin Lari Semakin Di ‘Normalize’, Laman Facebook Selamba Tawar Pakej Nikah Dekat Siam

Kes berkahwin di negara Thailand bukanlah satu perkara baharu buat rakyat Malaysia.

Destinasi tersebut telah menjadi sinonim untuk segelintir pihak yang mahu berpoligami dan tidak mahu perkara itu diketahui oleh sesiapa.

Advertisement

Apa yang lebih menarik perhatian apabila perkara itu menjadi satu perkara yang ‘biasa’ sehingga ada laman Facebook yang menawarkan pakej berkahwin di negara Thailand.

Kami menawarkan Pakej Nikah Thailand/Siam dengan harga bermula RM2,000. Urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Songkhla.”

Laman berkenaan turut menerangkan bahawa mereka merupakan sebuah syarikat yang menguruskan hal ehwal rumah tangga bermula daripada urusan pernikahan sehinggalah khidmat guaman syari’e.

Merupakan sebuah syarikat perunding yang menguruskan hal ehwal rumahtangga. Bermula daripada urusan pernikahan, penceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta pusaka serta khidmat guaman syar’ie.”

Dalam pada itu, mereka turut menjanjikan dokumen-dokumen lengkap untuk setiap pasangan yang memilih untuk menggunakan khidmat mereka.

Sekadar info, hukum kahwin lari di Selatan Thailand adalah sah menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dengan syarat:

1.Pernikahan mengikut rukun nikah

2.Pernikahan itu melebihi dua marhalah.

3.Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat dia bermustautin.

4.Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana  ia ditauliahkan sebagai wali hakim

Selain itu, kami sediakan artikel trending pada pautan di bawah:

1 year ago

“Tiba-Tiba Tahu Kahwin” - Puteri Sarah Dakwa Syamsul & Ira Bernikah Secara Rahsia Di Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...