Kadang-Kadang Tuhan Tak Beri Yang Kita Nak Tapi Dia Bagi Yang Kita Perlu – Sufian Suhaimi

Hiburan

Kadang-Kadang Tuhan Tak Beri Yang Kita Nak Tapi Dia Bagi Yang Kita Perlu  – Sufian Suhaimi

Abang Nara setuju 100% dengan kata-kata Sufian Suhaimi ini. Tuhan itu sememangnya Maha Mengetahui. Kadangkala apa yang kita sangka terbaik untuk kita, sebenarnya hanya akan membawa kemudaratan. Perancangan daripadaNya adalah lebih hebat daripada perancangan kita. Sebab itu apabila kita menoleh kembali ke belakang mengimbau apa yang telah terjadi, kita akan tersenyum dan berkata “ah indah sungguh perancanganMu Ya Allah”.

sufian suhaimiBegitu jugalah apa yang telah terjadi kepada Sufian Suhaimi. Pada mulanya pasti hati penyanyi Di Matamu ini sedih, parah dan terluka apabila mahligai perkahwinan yang diimpikan bersama Elfira Loy gagal terlaksana. Apa yang Sufian nak, tidak semestinya yang terbaik. Kini, Sufian menyedari segala apa yang telah terjadi ada hikmahnya. Dia kini kembali tenang.

Advertisement

Kata Sufian Suhaimi:-

Kalau ikut perancangan tahun ini saya puasa berdua. Beberapa persediaan pun telah dibuat tapi apakan daya kita hanya merancang. Namun banyak hikmah di sebalik percaturan Tuhan ini. Waktu ini, saya semakin faham yang kadang-kadang Tuhan tak beri yang kita nak tapi Dia bagi yang kita perlu.

Alhamdulillah saya tenang dan gembira sekarang. Sokongan peminat dan orang sekeliling yang sentiasa memberikan idea-idea baharu sebenarnya membuatkan saya saya jadi lebih besar. Syukur, alhamdulillah sehingga sekarang saya menghargai orang sekeliling dan mereka yang dalam industri sebab tidak pernah putus asa dan percaya dengan saya.

Sekarang ini saya bukan dalam fasa mencari tetapi tidak juga menutup pintu hati untuk kembali bercinta. Cuma saya ini jenis yang susah nak membenarkan orang ‘masuk’ dalam hidup. Yang saya ada saat ini adalah kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan menemani saya, itu sudah cukup. Tak perlu terburu-buru mencari pasangan, lebih baik kita hargai apa yang orang buat terhadap kita daripada sibuk mencari orang baharu

sufian suhaimi

Sudah tentu bukan mudah untuk Baby Pian, eh Sufian Suhaimi mencari pengganti Elfira Loy. Namun Abang Nara percaya satu hari nanti pintu hati Sufian akan terbuka jua. Ketika itu pastikan kesilapan lalu tidak berulang. Semoga Sufian akan berjumpa dengan “the one” tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...