JPJ Rampas Rolls Royce Aliff Syukri

Hiburan

JPJ Rampas Rolls Royce Aliff Syukri

Kereta mewah Rolls Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri antara 20 kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Patuh di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Advertisement

Kenderaan tersebut yang disewa warganegara Australia itu disita atas kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman  menerusi portal Harian Metro berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000. LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung.

Op Patuh yang diadakan bermula jam 8.30 malam turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...