Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta

Hiburan

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 Juta

Johan Raja Lawak berjaya memenangi saman RM1 juta ke atas Juara Film Production Sdn. Bhd. dan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar. Keputusan itu telah diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam.  Johan memenangi saman tersebut akibat kecederaan di dahi yang dialaminya selepas dibaling gelas kaca.
johan menang saman

Kejadian ini telah berlaku pada tahun 2010. Pada Jun 2010 lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran. Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Advertisement

johan menang saman

Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya. Ozlynn Wati Ismail atau Ozlynn yang mempertahankan suaminya daripada terus menjadi mangsa pukul, turut ditendang di beberapa bahagian badan!
johan menang samanBaca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui kisah lengkap tragedi yang telah berlaku terhadap Johan. Info asal Berita Harian.

“Pada 10 Mei lalu kira-kira jam 7.30 malam, saya dapat panggilan telefon memaklumkan ibu saya sudah meninggal dunia. Saya minta habiskan dulu babak pada malam itu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Namun, Javed buat keputusan menamatkan penggambaran pada malam itu dan sambung semula keesokan hari.

“Alhamdulillah, saya sempat menyempurnakan jenazah arwah ibu dan semalaman saya tidak berpeluang melelapkan mata. Javed memaklumkan kepada saya, apabila saya dalam perjalanan ke Seremban keesokan hari, telefon dia, namun panggilan yang dibuat tiada jawapan. Saya dan Ozlynn dah sampai ke lokasi, babak malam yang dibuat di sebuah rumah. Tapi, tak ada siapa pun di situ.

“Sementara menunggu kru lain yang masih on-call, saya dan isteri tidur dulu dalam kereta, maklum sajalah kepenatan, semalaman tak tidur. Namun, anak pemilik rumah berkenaan, ketuk cermin kereta dan meminta kami supaya tidur saja dalam rumah mereka. Akhirnya seorang kru mengejutkan kami, memaklumkan pengarah nak jumpa bincang pasal skrip.

“Namun, saya dan Ozlynn tertidur semula dan sekali lagi kru berkenaan mengejutkan kami 30 minit kemudian, memaklumkan pengarah dah tunggu lama. Saya yang dalam keadaan ‘mamai’ terus ke restoran yang terletak tidak jauh dari rumah berkenaan. Saya terus duduk depan Javed. Namun, saya diarahkan bertukar tempat secara kasar.

‘Dua tumbukan ke muka saya’

“Seorang kru yang mendakwa dirinya Pengurus Produksi mengetuk tangan saya, dia terus tanya ‘kau nak lama ke sekejap dalam industri ni?’ Tak ada langsung bincang pasal skrip. Jawapan saya, ‘apa hal ni?’ Dia tanya lagi, ‘aku tanya, jawablah…’ saya pun balas ‘apa pasal?’ Ketika itulah Javed memaki hamun saya, dia ambil gelas dah terus baling ke muka saya!

Namun, menerusi laporan Harian Metro terbitan 26 Mei lalu, Javed mendakwa kecederaan di muka Johan bukan disebabkan terkena balingan gelas sebaliknya serpihan kaca yang terpelanting akibat dihempas pengarah berkenaan yang berang dengan sikap pelawak dan pengacara itu.

“Kalau sekadar terkena serpihan kaca yang terpelanting, takkan dalam lukanya… Saya bertemu wartawan hari ini lengkap bersama bukti bergambar. Luka ini bukan disebabkan serpihan kaca. Javed membaling gelas tepat mengenai muka saya. Ketika itu darah dah memancut keluar. Dalam masa sama, Ozlynn menekup luka di dahi saya. Javed pula dah baling meja, manakala Ozlynn cuba menghalang diri saya daripada terus dikasari.

“Ketika itulah isteri saya ditendang! Saya cuba mempertahankannya, manakala dua tumbukan pula singgah di muka saya. Kami akhirnya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai,” kata Johan menceritakan kedudukan perkara sebenar.

Nafi cium isteri di set

Berdasarkan e-mel yang dikirim Javed kepada wakil SENIMAN, selain mendakwa Johan tidak berdisiplin gara-gara kelewatan yang melampau sehingga mengganggu penggambaran, dia juga menyelar sikap pelawak berkenaan kerana tidak ada kesedaran sivik apabila tidak menghormati persekitaran lokasi dengan aksi berpelukan dan bercium dengan isterinya di set penggambaran iaitu di rumah orang Islam!

“Memang isteri memeluk saya apabila saya menerima perkhabaran ibu sudah meninggal dunia. Tapi, saya tak nafikan, saya sering memeluk dan mencium isteri saya, namun bukannya di set penggambaran.

“Apa yang didakwanya tidak pernah berlaku di lokasi! Mengenai dakwaan saya lewat melampau, ingin saya jelaskan, saya baru saja memulakan penggambaran bersama produksi berkenaan selama dua hari.

Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?,” soal Johan kembali.

Pada masa sama, Johan turut menafikan segala isi kandungan e-mel dikirim Javed kepada wakil SENIMAN yang mendakwanya dengan pelbagai tuduhan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...