Umum mengetahui pelakon yang mula dikenali menerusi siri Juvana, Johan As’ari antara selebriti yang menyokong kuat kepimpinan terdahulu iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi akaun Instagramnya, Johan ada memuat naik foto beliau bersama bekas perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Johan meluahkan rasa bangga serta berterima kasih kepada Najib atas segala baktinya untuk rakyat Malaysia dan sudah banyak yang beliau pelajari sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.
Johan pada masa yang sama mengenang jasa Rosmah yang juga telah banyak berjasa kepada negara.
Muat naik Johan itu mendapat pelbagai respon daripada netizen termasuklah mereka yang mengecam pendapat aktor itu. Maklumlah, bila berbicara soal politik setiap orang mempunyai pandangan berbeza bukan? Apa-apa pun, janganlah sampai terlalu taksub ya.