“Jodoh Mereka Tak Panjang,” Ibu Elfira Loy Buat Pendedahan Putus Tunang

“Jodoh Mereka Tak Panjang,” Ibu Elfira Loy Buat Pendedahan Putus Tunang

Ada antara Netizen mendakwa bahawa Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telah putus baru-baru ini, namun tiada pengesahan rasmi dari mereka berdua. Kedua-duanya seakan ingin merahsiakan perkara itu sehinggakan menukar nombor telefon masing-masing untuk mengelak dari diajukan persoalan.

Terbaru, Berita Harian Online melaporkan ibu Elfira mengesahkan bahawa pertunangan anaknya dan Sufian telah pun putus baru-baru ini.

Beliau berkata:

Advertisement

Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha.

Pasangan itu melangsungkan pertunangan pada Oktober tahun lepas dan merancang melangsungkan pernikahan pada Mac ini. Majlis pertunangan mereka yang dibuat gilang-gemilang menimbulkan kritikan Netizen kerana dilihat berlebihan untuk sekadar majlis pertunangan.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak lagi dilihat memuat naik gambar bersama di akaun media sosial masing-masing sejak Disember tahun lepas menyebabkan timbulnya spekulasi, namun mereka sebelum ini menafikan hubungan mereka retak, cuma menempuh sedikit dugaan seperti pasangan normal lain.

Pasangan itu juga dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain mahupun berinteraksi di Twiitter, menguatkan spekulasi bahawa pertunangan mereka telah putus. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...