Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jiwa Penghibur, Jamal Abdillah Sempat Hiburkan Frontliners Usai Terima Vaksin Di PPV

Jamal Abdillah

Penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah khabarnya sempat menghiburkan para petugas barisan hadapan serta penerima vaksin usai sahaja dia menerima dos pertama suntikan tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Jamal juga turut berkongsikan momen tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan pengguna media sosial.

Advertisement

Difahamkan, Jamal telah melantunkan lagu popularnya iaitu Kekasih Awal Dan Akhir untuk hiburan santai mereka yang ada di sana pada waktu itu.

BACA: Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian, Jamal Abdillah Mohon Maaf

Dia yang meluangkan masa hampir dua jam dilihat turut membawa keceriaan kepada frontliners yang sedang melaksanakan tugas hakiki masing-masing.

Dalam pada itu, Jamal dalam hantaran tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak bertugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping menyeru ornag ramai khusunya golongan warga emas untuk sentiasa yakin dalam mengambil vaksin.

Jamal juga berharap agar pihak KKM mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk kampung agar imuniti kelompok dapat dicapai sesegera mungkin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    July 13, 2021 at 12:58 pm

    aduh xpuas tgk. terima kasih abg jamal. terubat rindu. mcm nilah baru penghibur sejati. sebab jiwa menyanyi tu sentiasa ada dalam diri. pegi mane2 pon rase nk menghibur nak menyanyi. thank u for being so sportingg. all penghibur should do this at ppv hehe. sekadar memenuhi masa menunggu beratur hehe. bukan buat konsert ye kah3.

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...
To Top