Jiran Sampai Hati Lemaskan Kucing, Masuk Dalam Plastik, Pamer Di Hadapan Rumah Gadis

Trending

Jiran Sampai Hati Lemaskan Kucing, Masuk Dalam Plastik, Pamer Di Hadapan Rumah Gadis

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @Akiedah mendedahkan luahan seorang rakannya mengenai sikap jiran rakan itu yang menjengkelkan.
jiranneraka
Mungkin marah kerana kucing itu membuang air besar di kawasan rumahnya, jiran itu dikatakan telah melemaskan kucing mangsa, kemudian memasukkan bangkai kucing itu dalam plastik sebelum diletakkan di hadapan rumahnya.


@Amalieena meluahkan melalui akaun Instagram miliknya tentang kejadian yang berlaku di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Selangor:


Seorang netizen meminta Amalieena membuat laporan kepada satu badan bukan kerajaan:

Advertisement


Rakan Amalieena menganggap jirannya sebagai seorang yang busuk hati.


Menurut @Akiedah, penduduk di sekitar kawasan tersebut terdiri dari bangsa Melayu dan ketika ditanya, semuanya mendakwa tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

Pada pendapat penulis, sekiranya anda sanggup membunuh kucing hanya kerana najis dengan cara tidak berperikemanusiaan, bermakna ada yang tidak kena dengan diri anda.

Mungkin anda patut mendapatkan rawatan psikiatri. Iyalah, sekarang bunuh kucing, Suatu hari nanti, bunuh orang pula.

Untuk pengetahuan anda, antara petanda awal seorang pembunuh psikopatik bersiri ialah mereka biasanya membunuh haiwan pada mulanya. Kemudian, mereka berevolusi membunuh manusia.

Perbuatan seperti ini sepatutnya dihentikan. – amazingnara.com

Sumber: Akiedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...