Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jimmy Tak Pernah Tanya Khabar Sepanjang Ramadhan – Suhaila

Di kala kita semua sedang bergembira menyambut Hari Raya, Abang Nara agak sedih membaca kata-kata Suhaila, isteri Jimmy Shanley di Mingguan Malaysia semalam. Menurut Suhaila, Jimmy tak pernah bertanya khabar dia dan anaknya sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kan?

suhaila jimmy

Advertisement

Syawal kali ini, Suhaila tidak mengharapkan keajaiban untuk suaminya datang berhari raya bersama dia dan anaknya. Kata Suhaila:-

Saya tak rasa dia akan datang jenguk kami. Dia tak ingat anak pun, sebab hari jadi Rania pada 24 Jun lalu pun dia tak wish. Nak call tanya pasal saya, jauh sekali. Jadi kesimpulannya, dia tak pernah sekalipun call tanya pasal anak. Sebenarnya, Jimmy tak bertanya khabar kami pun sepanjang Ramadan lalu. Saya memang dah jangka perkara yang sama ini berlaku, macam tahun lepas juga. Sebab itu saya mengharapkan dia boleh lepaskan saya dengan cara yang elok.

suhaila jimmy

Tambah menyedihkan apabila Abang Nara membaca kata-kata Suhaila di bawah apabila ditanya sama ada dia mempunyai inisiatif sendiri membawa Rania berjumpa dengan Jimmy Shanley:-

Ada, memang ada tapi bila bawa jumpa pun, bapa (Rania) macam tak ada rasa ingin nak jumpa anak dia. Jadi lebih baik tak payah. Lagi pun Rania kecil lagi. Sepatutnya, bapa yang berfikiran matang cari inisiatif jumpa darah dagingnya sendiri.

aa
Semoga Syawal ini, Jimmy dan Suhaila dapat berbaik-baik walau hanya untuk sehari agar anak mereka dapat merasai kenikmatan berhari raya bersama ayah dan ibu. Raya kan sebulan. Cubalah untuk mencari masa terbaik untuk berhari raya bersama-sama. Kalau tak mahu buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak anda berdua. Kredit berita Mingguan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

85 Comments

  1. Ezah

    August 24, 2012 at 8:26 pm

    Eh? Y Suhaila rungut bila Jimmy tak tanya khabar berita? Kan dia sendiri yg minta cerai, ayah dia minta itu dan ini, as if everything that Jimmy wants to do to make it right but they always think that apa yang Jimmy buat tu salah? Buat itu salah, buat ni salah… What do u really actually want from Jimmy, Suhaila? What game r u trying to play here? I bet Jimmy is soooo sick of u n ur stupid act! Stop being dramatic as if it is actually Jimmy’s fault..

  2. percysity noheb

    August 24, 2012 at 11:42 am

    Saya tak percaya dengan perempuan ni…saya percya Jimmy adalah seorang yang Bapa yang baik…mana ada seorang Bapa tak ingat kan anak ya..lain lah perempuan ni yang nak kondem Jimmy cara pegang Anak tu dah tahu macam nak tak nak jer peluk …hei perempuan ingat sikit Tuhan tahu apa kita buat Tau…ingat-ingat sikit…macam mana nak jadi mak mcam ni…gila glamour ke?

  3. kak li

    August 22, 2012 at 4:41 pm

    eh suhaila, jimmy tak nak jumpa anak dia ke atau kau yang sorokkan anak engkau dari jimmy. lidah kau kan bercabang. jimmy mungkin terpikir jugak entah entah rania tu bukan anak dia kot. kau pun satu jimmy, ramai lagi wanita kat luar nakkan cinta kau. buat apa kau terus pekasamkan suhaila yang kurang asam tu.

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer dh tukar kaler

      August 23, 2012 at 6:33 pm

      kalau dh jimmy pikir macm tu rania tu anak dia ke tk kenape sampai sekarang dia mati matian tknk lepas kn si suhaila ? kenape ? n kenape jimmy maseh nk tahan2 suhaila takmu kasi cerai ? eeeeeeee cmgini nye jantan bahaya jenis kaki tangan dalam perot eeeeeeeeee minah jambu tknak lah jantan cmgini thank u aje lah ye terima khaseh…

  4. ...plastik dlm botol

    August 22, 2012 at 4:09 pm

    laaa..bukankah c.suhaila ni ngaku tu bukan anak dia ngan jimmy..so buat apa sibuk nak gtau semua org jimmy x tanya kabar anak…apa punya pompuan…

  5. Usin Bolt Kelate-

    August 22, 2012 at 1:23 pm

    Alahai…. Ari tu sibuk2 kata belum tentu anak tu anak Jimmy. Mace..Mace… Demo cari Publisiti murah. he..he..he..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top