Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam, Buktikan Dan Tunjuk Bomoh Yang Digunakan! – Izzue Islam

Hiburan

Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam, Buktikan Dan Tunjuk Bomoh Yang Digunakan! – Izzue Islam

Berkali-kali menerima pelbagai tomahan yang teruk, pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak dapat menahan rasa amarahnya lagi saat isterinya, Awin Nurin difitnah mengamalkan ilmu hitam untuk memikat hati dan seterusnya berkahwin dengan selebriti itu.

Advertisement

Izzue menyifatkan individu yang menabur fitnah melampau itu sebagai seorang yang tidak mempunyai agama dan menuntut bukti atas segala dakwaan yang telah dibuat dan jangan hanya berselindung disebalik akaun palsu.

Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya. Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan.

Pada masa yang sama, Izzue akui mula terasa kecewa apabila sesetengah netizen masih mempersoalkan mengenai isu zuriat.

Isu menuduh orang menggunakan khidmat bomoh ini memang agak berat. Tentu sekali Izzue dan isterinya kecewa apatah lagi ada juga yang mempertikaikan soal anak. Pasangan mana yang sudah berkahwin tetapi tidak mahukan anak bukan? Apa-apa pun, kami harap Izzue dan Awin dapat terus bersabar dan bertabah. Siapa tahu ada rezeki yang terindah buat anda berdua selepas melalui dugaan ini?

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...