Jasmin Hamid Kecewa Akaun IG Dilabel Sebagai ‘Sampah’

Hiburan

Jasmin Hamid Kecewa Akaun IG Dilabel Sebagai ‘Sampah’

Pelakon drama Cukup Derita Itu iaitu Jasmin Hamid ungkap rasa kecewa dengan segelintir netizen di Instagram yang sesuka hati melabelkan akaun media sosialnya itu sebagai ‘sampah’ kerana terlalu banyak mempromosikan drama lakonannya itu.

Ruhainies
3 years ago

Ikat Ubat Nyamuk Di Badan, Ruhainies Teruja Bawa Watak Penoreh Getah

Advertisement

Jasmin atau nama sebenar Jasmiah Abdul Hamid menjelaskan akaun media sosialnya itu bukanlah mempunyai ramai pengikut, dia cuma mahu berkongsikan drama lakonannya dalam dram Cukup Derita Itu kepada peminat-peminatnya sahaja.

Salah ke bila saya promote (promosi) drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial saya sendiri? Ada orang kata media sosial saya kotor sebab penuh dengan drama promosi drama sendiri. Sedangkan artis antarabangsa pun gunakan platform media sosial mereka untuk promosi filem mereka serta isu semasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Melalui hantaran yang sama di Instagram, Jasmin juga turut bersyukur dengan netizen yang tetap menyokongnya sepanjang kariernya menjadi seorang pelakon dan ia merupakan kekuatan untuk dirinya terus bergiat dalam bidang industri lakonan.

Jasmin hamidSumber : Instagram Jasmin Hamid  

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya meminta Jasmin untuk tidak menghiraukan pandangan negatif daripada netizen itu dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...