Janna Nick Tidak Kisah Dikritik Netizen Gara-Gara Betis Besar

Hiburan

Janna Nick Tidak Kisah Dikritik Netizen Gara-Gara Betis Besar

Bergandingan dengan Ajak Shiro sebagai pengacara Melodi TV3 setiap hari Ahad, pelakon Janna Nick pasti tidak terlepas menerima pelbagai kritikan daripada netizen. Pernah dihentam kerana memakai seluar ketat sebelum ini, kali ini neizen mengutuk pula bahagian betis kaki Janna yang kelihatan besar.

Advertisement

Sedar isu tersebut sudah menjadi bualan hangat, Janna menerusi akaun Insta Stories ada memberikan respon terhadap ejekan netizen terhadap dirinya.

Kata Janna, beliau tidak faham dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan betisnya itu. Ianya satu perkara yang agak remeh. Pada masa yang sama, Janna memberitahu beliau sedikit pun enggan ambil pusing dengan segala kritikan terhadap bentuk fizikalnya itu.

Dalam nada sinis, Janna juga berkata kerana betis yang besar itulah membawa rezeki kepadanya. Tak apa lah Janna, kita tidak boleh puaskan hati semua orang setiap masa. Apa yang penting anda selesa dengan penampilan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...