Written by Bella | December 19th, 2016

Kebiasaannya, mereka yang terlibat didalam dunia hiburan khususnya kaum wanita haruslah tampil seksi, bergaya dan anggun. Kata orang, itulah caranya untuk kekal didalam dunia penuh glamor dan menarik perhatian ramai.

Namun, penampilan bersahaja pelakon Janna Nick cukup berbeza sekali. Janna selalu mengenakan baju T-Shirt, berseluar jeans,  tidak memakai kasut tumit tinggi dan berambut pendek. Malah, beliau juga jarang  mengenakan solekan.

Gara-gara penampilannya itu , ada yang melabelkan beliau sebagai “tomboy” dan timbul juga gosip mengarut mengatakan beliau menjalinkan hubungan sejenis sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Janna tidak peduli dengan percakapan orang dan selesa menjadi dirinya sendiri.

Saya jenis tidak kisah orang cakap saya selekeh atau serabai. Kalau kawan-kawan yang sudah kenal saya lama, imej berambut pendek inilah diri sebenar saya.

Sebagai artis saya kena ada identiti sendiri. Masa baru menapak dalam industri lakonan dulu, memang saya kena menyimpan rambut panjang demi memenuhi kehendak penerbit-penerbit drama. Namun, bila sudah ada nama saya fikir tiada masalah untuk saya berambut pendek. Lagipun saya selesa dengan imej begini.

Kami rasa Janna Nick mempunyai pendirian beliau sendiri dan enggan hipokrit. Terus-terang, walaupun tanpa solekan, Janna tetap tampak manis dan cantik.

Sumber Berita : Kosmo!

11 responses to Janna Nick Tidak Kisah Digelar Seperti “Tomboy”

  1. saleha says:

    janna nick ni bagus.. baik je.. neelofa tu hipokrit…. cakap single konon kt meletop.. padahal…. malu kena reject fattah ahahhaah

    21

    1
  2. saleha says:

    janna nick ni bagus.. baik je.. neelofa tu hipokrit…. cakap single konon kt meletop.. padahal…. malu kena reject fattah ahahhaah
    https://youtu.be/F0ngcYP21AI

    3

    1
  3. Kah says:

    orang cantik, pakai simple, takyah makeup pun still cantik. cuba kalau orang biasa, entah entah kena cop pengemis

    9

    0
  4. macam-macam says:

    dia nie mmg humble and sempoi laa….biar laa jadi diri sendiri dr jadi hipokrit x gitew…..lantak p org nak kata ape janji uols x kacau idop org lain….lebiu mek jenna….
    always support u…. =)

    15

    0
  5. Anonymous says:

    abang suka dengan girl tomboy,selalu yang cam jantan skit perangai ,kemudian mukanya cun,sbb kalau dah kawin nanti,jenis tomboy ni mesti pandai jaga dirinya.

    10

    0
  6. Anonymous says:

    tomboy le sdp…jilat sdp ni

    1

    7
  7. Ratata says:

    Ok la tomboy drpd lelaki lembut.Hehe. At least janna nick x hipokrit. Jadi diri dia sendiri.

    3

    0
  8. Beautiful Norra says:

    lesbian cat dinding kah…??? euwwwww

    1

    0
  9. FA says:

    masa mula2 dulu tengok JN masa cerita jodoh 1. masa tu rambut dia panjang takat pinggang dengan kaler orennya dengan gelak kuat2 gedik2 pastu dok nari oppa gangnam style gitu aku ingatkan dia ni tipikal retisss baru nak naik. bila tengok jodoh 2 plak, dia jadi main actress rambut still panjang cuma takdak dah kaler2 ni n chomey ja pakai spek tadak cermin bentuk kucing alalala omeiiiinyaa.. pastu dia makin meletop2 dengan crita kau, aku, kita baru la aku tau dia ni pelakon serba boleh sebab dia tau bila kena belakon gedik, sweet, cute semuanya spot on. gud job mek jenna!

    5

    0
  10. Encik K says:

    Dia ni berlakon natural. memang berbakat. kalau follow insta dia, boleh tengok perangai dia yang jadi diri sendiri dan tak hipokrit. i love u mek jenna. hehe

    2

    0
  11. Anonymous says:

    X minat Aku dia ni.biasa je Aku tgk

    1

    1