Janna Nick Terima Semua ‘Job’, Tidak Kisah Bayaran Asalkan Muka “Bersepah” Di TV

Hiburan

Janna Nick Terima Semua ‘Job’, Tidak Kisah Bayaran Asalkan Muka “Bersepah” Di TV

Nama pelakon Janna Nick memang tidak perlu diperkenalkan lagi dan baru-baru ini dia berjaya memenangi anugerah Artis Versatil Popular di malam kemuncak ABPBH 32. Boleh dikatakan Janna berada di puncak populariti. Apa agaknya rahsia untuk terus dikenali dalam industri seni?

janna nick kaut semua job

Advertisement

Menurut Janna, dia sentiasa merebut peluang yang ada tanpa mengira soal bayaran. Tidak pernah meletakkan harga tinggi untuk setiap tawaran yang diterima.

Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah ‘demand’ dengan harga tawaran lakonan. Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah.

janna nick artis versatil popular

Meskipun sudah menang, Janna berkata dia masih belum mencapai prestasi ataupun tahap yang membanggakan dalam karier seninya. Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memberikan kualiti yang terbaik.

Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri. Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

janna nickBaguslah kalau Janna tidak menjadikan alasan kemenangannya itu untuk terus merasa selesa dan enggan majukan diri. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepadanya dan semoga terus sukses.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...