Dihentam Peminat Kpop, Janna Nick Report Polis Individu Cetus Provokasi & Fitnah

Hiburan

Dihentam Peminat Kpop, Janna Nick Report Polis Individu Cetus Provokasi & Fitnah

Nama pelakon popular, Janna Nick dan Sharifah Sakinah menjadi trending di Twitter gara-gara sebuah video mendakwa kedua-dua pelakon ini mempersendakan pemergian bintang Kpop, Jonghyun tiga tahun lalu. Janna Nick walau bagaimanapun telah memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Tidak habis di situ, Janna Nick dikatakan masih menerima provokasi daripada peminat Kpop yang tidak berpuas hati. Namanya juga trending di media sosial dengan hashtag #jannanickisgoingtojailparty. Memetik laporan Astro Gempak, Janna Nick telah membuat laporan polis terhadap beberapa akaun yang didakwa mencetuskan provokasi dan fitnah terhadapnya.

Advertisement

Foto: Astro Gempak

Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya. Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat.

Terbaru, akaun Instagram dan Twitter pelakon Melastik Ke Hatimu ini dikatakan sudah ‘tiada’. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahaktif pelakon ini sendiri atau lenyap hasil aduan yang dibuat peminat-peminat yang masih marah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...