Janna Nick Bakal Jadi Pengacara Melodi 2018?

Hiburan

Janna Nick Bakal Jadi Pengacara Melodi 2018?

Kami ada terdengar khabar angin mengatakan pengacara Awal Ashaari bakal mengundurkan diri sebagai pengacara Melodi selepas enam tahun mengendalikan program hiburan tersebut.  Antara nama yang disebut bakal menggantikan tempat Awal ialah aktres popular Janna Nick dan seorang lagi selebriti lelaki yang masih belum lagi diketahui.

Advertisement

Spekulasi tersebut timbul selepas TV3 baru-baru ini mengumumkan Mira Filzah sebagai pengacara Nona 2018. Perwatakan Janna yang selamba dan sentiasa ceria dikatakan mampu memeriahkan lagi program Melodi.  Pendek kata lebih “fresh” serta “energetic”.

Walaubagaimanapun, pihak penerbitan Melodi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pengambilan Janna sebagai pengacara. Namun, ia sudah menjadi topik yang cukup hangat dibicarakan di laman forum tempatan.

Apa komen anda? Sesuai atau tidak Janna sebagai pengacara Melodi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...