Janna Nick & Ajak Shiro Pengacara Baru Melodi

Hiburan

Janna Nick & Ajak Shiro Pengacara Baru Melodi

Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Awal Ashaari dan AG sebagai hos Melodi TV3 terjawab apabila  stesen televisyen terbabit mengumumkan pelakon Janna Nick dan pelawak Ajak Shiro dipilih sebagai hos baru program tersebut bermula Ahad ini.

Advertisement

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman, gandingan Janna dan Ajak mampu menarik lagi jumlah penonton mudah lebih-lebih lagi nama Janna kini sedang popular.

Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini. Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda. Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini.

Untuk makluman semua,  Melodi akan bersiaran selama satu jam setengah dari pukul 12.00 hingga 1.30 tengah hari dan menampilkan tiga segmen baru  iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin untuk kekal lebih “trendy” serta “fresh”.

Sumber Berita : mStar Online

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...