Jangan Terlalu Control, Insya Allah Suami Tak Cari Lain – Nora Ariffin

Hiburan

Jangan Terlalu Control, Insya Allah Suami Tak Cari Lain – Nora Ariffin

Zaman sekarang ini, memang ramai suami yang curang, pasang kekasih gelap dan bercinta dengan wanita lain sedangkan diri sudah pun mempunyai isteri. Nak kata isteri tak cantik, bila dibandingkan dengan kekasih gelap tersebut, nampak jelas si isteri lebih cun melecun. Jadi di mana silapnya? Mungkin pesanan dari Nora Ariffin ini boleh dijadikan pedoman buat isteri-isteri di luar sana agar suami masing-masing tidak mencari yang “lain”.

nora ariffin

Advertisement

Untuk makluman, Nora telah mendirikan rumahtangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992. Komposer terkenal itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Mac 2017 usai usia perkahwinan mereka menjejak hampir 25 tahun. Menurut Nora, dia mengamalkan pesanan dari ibunya untuk menjaga si suami. Tulis Nora di laman sosialnya:-

Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan… Nak jadi isteri yang baik kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain

nora ariffin

Secara jujurnya pada pendapat Abang Nara, seorang lelaki yang telah bergelar suami haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Apa sahaja yang kita ingin lakukan, ingat dulu anak bini. Memang seronok kalau dapat “bercinta” kembali dengan orang lain, tetapi seronok itu sekejap je. Last-last isteri kita juga yang akan berada di sisi apabila kita berada dalam kesusahan. Si kekasih gelap hilang entah ke mana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...