“Jangan Sampai Saya Buka Cerita, Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti..” -Sheila Rusly Berang Nama Dikaitkan Dengan Janna Nick

Hiburan

“Jangan Sampai Saya Buka Cerita, Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti..” -Sheila Rusly Berang Nama Dikaitkan Dengan Janna Nick

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena-mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara-gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu.

Gara-gara program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana maka ramai netizen ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.

Advertisement

Sheila Rusly yang dihubungi media telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan netizen untuk membawa kedua-duanya bertemu empat mata.

Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi.

Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Advertisement
Janna Nick Sheila RulsySumber : Google  

“Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.” ujarnya ringkas.

Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna musnah.

Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat berang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab.

Sheila Rusly IGSumber : Instagram Sheila Rusly  

 

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah.”

Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu.

Sheila Rusly IGSumber : Instagram Sheila Rusly  

“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” tulis Sheila dalam sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    May 18, 2021 at 2:11 pm

    Aku rasa si JN ni buat something salah dgn sis SR yg libatkan keluarga SR. Sbb lama tak nampak SR dgn family dia. Nampak mcm merajuk hati. Apa laa agaknya. Sesuatu sgt

  2. anonymous

    May 18, 2021 at 1:46 pm

    aku menyampah giler laki bini biadap nih perasan kaya ternama konon puihhh

  3. unknown

    May 18, 2021 at 12:21 pm

    Menantu to be ko tuh xde umah ehh? xde mak ehh nak belajar masak? kenapa kene belajar ngan ko ehh? belajar lepas kahwin x boleh ehh?

  4. anon2000

    May 18, 2021 at 10:34 am

    sheila …sheila…cuba ko cermin muka tengok muka anak ko tu sikit sebelum nak kenen kat orang. anak ko tu kalau bukan sebab ko takdenya adik si fasha tu berkenan. memang nampak out sangat! macam hingusan gitu. selenga bak kata orang kampung aku

    • tecit

      May 18, 2021 at 3:14 pm

      aduhhh hhahaha well-said haha. betol2. hingusan betol. selenge pon betol hahahaha. mcm bdk2 hahaha not my taste.. camne laaa adik fasya tu boleh suke xphm aku haha. ok maybe die xmelihat rupe. husnuzon2.

  5. Anonymous

    May 18, 2021 at 10:26 am

    Retisss..klu sudah kaya..punya sombong kalah tinggi langiit…cakap sentiasa nak kasar..susah nak lembut..sakit hati je saman..sakit hati je saman..cuba lh belas cara hemah..kn retiz pengikut /peminat ramai..tau lah marah…tau lah retiz pun manusia biasa..dah kau pilih jadi retiz, dah itu lh jln kau dlm perhatian netizen..so jaga lah kelakuan,jagalah cara percakapan kalaupun kau berada ditempat benar!!!
    Now dari aku minat kau dah jadi x minat dah..aku benci mulut kau yg kasarr sangat lancangggg tu kalah guruhh petir.

Loading...