Jangan Malu Nak Transfer – Zarina Anjoulie Tuntut Bayaran Hotel Dari Ismail Izzani

Jangan Malu Nak Transfer – Zarina Anjoulie Tuntut Bayaran Hotel Dari Ismail Izzani

Dalam satu kenyataan di Melodi TV3 semalam, penyanyi Ismail Izzani secara berseloroh berkata, dia boleh memindahkan wang berjumlah RM 398.85 ke akaun bank Zarina Anjoulie pada bila-bila masa.

Advertisement

Namun begitu, dia meminta peminatnya bersabar kerana dia akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Mendakwa tidak kenal Fathiya Latiff dan Zarina Anjoulie sebelum ini, Ismail memberitahu pertama kali berjumpa mereka pada malam itu dan tidak mempunyai nombor telefon mereka berdua. Dia turut menafikan bahawa kontroversi yang timbul ialah satu gimik pelancaran lagunya kerana ia sesuatu yang memalukan dirinya dan keluarga serta memberi impak negatif terhadap kerjayanya.

Sementara itu, Zarina melalui Instagram telah memuat naik satu kenyataan meminta agar Ismail tidak malu untuk memindahkan wang tersebut ke akaun banknya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zarina juga memuat naik satu lagi kenyataan, didakwa Netizen ditujukan buat Ismail Izzani.

Ia bermaksud:

Jangan gali kubur sendiri. Apa pun, kau lupa belikan dia ‘pil pagi esok’ lepas tidak gunakan perlindungan. Budak bodoh.

Dalam kejadian di malam ambang Merdeka lepas, Zarina mendakwa Ismail tidur dengan teman wanitanya di sebuah bilik hotel menggunakan nama Zarina. Bilik itu dicaj kepada Zarina dengan bil berjumlah RM 398.85 malah Ismail dikatakan memesan makanan dari hotel ke bilik itu.

Kawan baik Zarina, Fathia Latiff telah memuat naik satu gambar Ismail memaut pinggang Zarina yang tidak mengenakan tudung dan berpakaian seksi pada malam tersebut, meminta Ismail menghubungi Zarina, dipercayai untuk menuntut bayaran bil hotel tersebut.

Susulan itu, ketiga-tiga mereka menerima kecaman hebat Netizen yang membawa kepada pendedahan Zarina mengenai sebab sebenar Fathia memuat naik gambar tersebut. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...