“Jangan Main-Main!”, Hafiz Hamidun Beri Amaran Kepada Joy Revfa

Hiburan

“Jangan Main-Main!”, Hafiz Hamidun Beri Amaran Kepada Joy Revfa

Sedikit perkembangan terkini tentang kontroversi perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Untuk makluman, kes permohonan faraq nikah difailkan Joy Revfa terhadap Hafiz Hamidun pada 18 Ogos lalu telah pun ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam kerana memberi laluan kepada kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu Joy Revfa iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini. Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 9 November untuk sebutan semula kes Joy Revfa dan Hafiz Hamidun.

hafiz hamidunSudah pasti netizen ingin mengetahui keputusan status perkahwinan pasangan selebriti ini. Namun kita harus sabar menanti. Akan tetapi hafiz Hamidun ada sedikit amaran untuk Joy Revfa. Menurut Hafiz, segala kemelut yang berlaku adalah berpunca daripada sikap sambil lewa Joy Revfa, sekaligus menimbulkan banyak masalah dan mengelirukan keadaan.

Advertisement

Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah. Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

hafiz hamidun

Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul. Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah. Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku. Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain.

Memang benar kata-kata Hafiz Hamidun tentang tauladan dan pengajaran daripada kontroversi ini. Sedikit sebanyak ia membuka mata para netizen tentang kepentingan mendaftar perkahwinan dan juga penceraian. Bila tak daftar, memang macam-macam masalah yang boleh timbul. Sekurang-kurangnya kontroversi ini menjadi pengajaran buat kita semua, sekaligus memastikan kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam kemelut ini. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...