“Jangan Lihat Dari Sudut Negatif” – Ayda Jebat Jawab Kecaman Kongsi Aksi ‘Mesra’ Dengan Suami

Hiburan

“Jangan Lihat Dari Sudut Negatif” – Ayda Jebat Jawab Kecaman Kongsi Aksi ‘Mesra’ Dengan Suami

Rasanya semalam hangat kisah mengenai kemesraan yang ditonjolkan oleh pasangan pengantin baru, Nabil Mahir dan Ayda Jebat. Meskipun mungkin manis kerana masih lagi dalam fasa ‘honeymoon’ tapi rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat aksi tersebut yang dikatakan terlebih ‘lucah’.

3 years ago

Suka Bau Ketiak Isteri, Ayda Jebat Dedah Nabil Mahir Suka Bermanja 24 Jam

Advertisement

Selepas pendedahan perangai pelik suaminya yang suka mencium bau ketiaknya, Ayda Jebat tampil meluahkan pendapatnya mengenai reaksi netizen.

Katanya, dia tidak mampu mengawal pendapat netizen namun meminta maa sekiranya tindakan itu dirasakan melebih-lebih.

“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun.”

ayda jebat dan nabil mahir

Malah ada antara pengikutnya turut meluahkan rasa cemburu dan mengatakan suami mereka langsung tidak romantik selepas mendirikan rumah tangga. Ayda kemudiannya meminta orang ramai tidak menilainya daripada sudut yang buruk sahaja.

“Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.”

Disebabkan oleh beberapa pengalaman negatif yang didengarinya sebelum ini mengenai pasangan baru berkahwin, pelakon dan penyanyi wanita itu berasa bersyukur kerana dilayan dengan baik oleh Nabil.

“Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang.”

ayda jebat dan nabil mahir

Sedar bahawa pengikutnya terdiri daripada pelbagai lapisan usia, Ayda sentiasa memastikan segala perkongsiannya tidak keterlaluan.

“Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi. Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini.”

Untunglah Ayda kerana mendapat suami yang penyayang dan langsung tak segan untuk menunjukkannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...