Jangan Lagakan Saya Dengan Neelofa – Vivy Yusof

Hiburan

Jangan Lagakan Saya Dengan Neelofa – Vivy Yusof

Kedua-duanya ialah usahawan wanita berjaya dan kedua-duanya ialah perintis produk tudung muslimah. Neelofa dikenali dengan jenama Naelofar Hijab yang banyak mengeluarkan produk hijab segera manakala Vivy lebih dikenali sebagai pengeluar shawl mewah berjenama dUCK.

Advertisement

Neelofa dan Vivy ialah dua personaliti yang disenaraikan Forbes Asia dalam kelompok ’30 Under 30′ Julai lepas dan kedua-duanya juga adalah penerima Anugerah Tokoh Wanita pada tahun 2016.

Disebabkan itu, ada sesetengah pihak didakwa cuba melagakan Vivy dan Neelofa sedangkan mereka berdua adalah sahabat baik dan bakal bekerjasama dalam menghasilkan produk:

Vivy memberitahu mStar Online:

Dia (Neelofa) sangat menyokong Fashion Valet dan saya juga menyokong Naelofar Hijab.

Neelofa ada kekuatan dia dan begitu juga saya ada kekuatan sendiri, memang lain.

Saya rasa orang tak tahu yang kami berkawan baik. Kami tak ada dengki antara satu sama lain.

Saya rasa kami boleh menjadi contoh yang buat orang Melayu gembira dan terus menyokong antara satu sama lain.

Selain mengeluarkan jenama tudung dan alat tulis, Vivy juga beru-baru ini mengeluarkan alat kosmetik di bawah jenama dUCK. Dia memiliki satu butik di Pavilion KL dan satu butik online, Fashion Valet. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...