Written by AbangNara | November 29th, 2013

Bila ada cerita mengenai Shila Amzah, pasti nama Sharnaaz Ahmad akan terpalit jua. Walaupun sudah lama mereka berdua putus cinta, orang ramai masih tidak mampu untuk membuang perhubungan mereka. Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz, panas hati la jugak. Diri sendiri dah move on, tetapi orang lain sibuk nak bertanya-tanya lagi.

sharnaaz

Terbaru apabila Johan As’ari memilih Lana Nordin dan bukannya Shila Amzah, banyak pihak yang “berbaik hati” menyampaikan kisah tersebut kepada Sharnaaz menerusi Twitter. Bengang dengan tindakan pihak tersebut, Sharnaaz mengeluarkan amaran seperti di bawah:-

sharnaaz

Terdahulu menerusi MalaysianDigest, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada Shila. Kata Sharnaaz:-

Kalau nak kata karma…, saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, “Karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now.

Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).

Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).

Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain

sharnaaz

Abang Nara tak berapa faham metafora “batu hitam jadi putih” yang diguna oleh Sharnaaz. Orang seni memang lain macam sikit bahasa mereka. Kepada Shila, ikutilah nasihat Sharnaaz. Dah bukan jodoh anda dengan Johan. Tak perlu rasanya nak luahkan perasaan kecewa, marah dan hampa menerusi laman sosial. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.