Sebelum ini penyanyi Haqiem Rusli pernah menyatakan ingin berhenti menyanyi kerana mengalami penyakit kemurungan atau depresi. Hasrat Haqiem mendapat reaksi yang bercampur baur oleh peminatnya. Namun begitu, Haqiem dalam perkembangan terbaru mengumumkan tidak jadi berhenti menyanyi. Malah penyanyi Ernie Zakri mendakwa ia sebenarnya hanya satu gimik yang telah lama dirancang oleh penyanyi itu untuk meraih perhatian peminat.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Terbaru, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menyuarakan yang depresi tidak sepatutnya digunakan sebagai satu gimik. Dia menulis di Twitter:
Depression is not something that should ever be used sbg gimmick. Ada ramai org yg bunuh diri akibat depression. Kalau suka hati je guna topik ni, org akan ambil perkara ni sbg sesuatu yg remeh, and it is not. Mental health is something you don’t play around with.
— Elizabeth Tan (@elizabethtsm) July 4, 2018
Untuk makluman, Elizabeth sebelum ini ialah antara selebriti yang terbuka mengakui pernah mengalami depresi akibat beberapa sebab, antaranya putus cinta dengan seorang lelaki berbangsa Melayu. – beautifulnara.com