Nama pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana menjadi bualan hangat apabila pasangan kawan baik selama lapan tahun akhirnya selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
Namun disebalik kegembiraan mereka melangsungkan perkahwinan, pasangan ini menerima kecaman selepas viral video Ardell dilihat malu-malu sehingga tangannya menggeletar ketika momen Nadzmi mahu menyarungkan cincin.
Ada sesetengah netizen mula mengungkit kisah Nadzmi dan Ardell ketika menjadi sahabat. Tiada pula perasaan malu bertepuk tampar, duduk rapat antara satu sama lain dan menyanyi bersama-sama di dalam kereta. Pelbagai sindiran yang dilemparkan terhadap mereka.
Demi menjaga nama baik isterinya, Nadzmi menerusi akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar.
Jangan gelar isteri saya minah gigil.
Ardell menghidap anxiety dan
depression
Abaikan kata-kata negatif, semoga
kekal bahagia hingga akhir hayat
Sebab itu jangan mudah menghina dan mengecam orang lain. Tiada siapa tahu betapa gementarnya Ardell ketika itu untuk melawan perasaan anxiety. Bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dijadikan sebagai bahan lawak.