Jangan Doakan Saya Kembali Bersama Bekas Isteri, Fatin Afeefa – Adam Shahz

Hiburan

Jangan Doakan Saya Kembali Bersama Bekas Isteri, Fatin Afeefa – Adam Shahz

Memang berpatah arang, berkerat rotan sungguh perhubungan Adam Shahz dan bekas isterinya, Fatin Afeefa. Selalunya jika selebriti bercerai, pasti ada yang gembira jika para peminat medoakan mereka berdua bertemu jodoh sekali lagi. Namun bagi Adam Shahz, dia meminta agar para peminatnya tidak mendoakan dia kembali bersama dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa. Sampai tahap macam ini sekali.

adam shahz fatin afeefa

Advertisement

Untuk makluman, sebelum ini Adam Shahz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya telah dibomoh oleh Fatin Afeefa sepanjang perkahwinan mereka. Malah Adam juga turut mendakwa yang Fatin telah berlaku curang ketika masih bergelar isterinya. Mungkin itu salah satu sebab mengapa Adam enggan dirinya didoakan untuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Terlalu banyak kenangan pahit.

Kata Adam:-

Tidak dinafikan, memang ada yang mendoakan supaya dia kembali bersama saya. Tapi saya minta jangan doakan saya kembali bersamanya dan saya minta agar dapat jauhkan perkara tersebut. Saya sudah ‘move on’ kerana saya rasa kehidupan saya kini lebih teratur tanpa dia (bekas isteri). Malah saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak

fatin afeefa

Semoga Adam akan bertemu jodoh sekali lagi dan dapat mencari seorang ibu untuk anaknya yang kini berusia 3 tahun. Semoga Fatin Afeefa juga akan bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang mampu membimbingnya. Senang kata, semoga kedua-dua mereka ini akan bertemu kebahagiaan masing-masing. Sama-sama kita dokan. Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...