“Jangan Diagung-Agungkan, Nanti Mati..” – Tular Harga Kasut Berbelas Ribu, Ini Jawapan Ringkas Nabil

Hiburan

“Jangan Diagung-Agungkan, Nanti Mati..” – Tular Harga Kasut Berbelas Ribu, Ini Jawapan Ringkas Nabil

Baru-baru ini, selepas konsert minggu kelapan Gegar Vaganza selesai berlangsung Ahad lalu, kasut yang dipakai oleh pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai.

Malah, netizen turut cepat membuat siasatan mencari harga asal kasut berjenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 di pasaran dan dianggarkan sekitar RM11,919.

Advertisement

Sama sekali tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, Nabil memberitahu dia membeli kasut terbabit sekitar empat tahun yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Dalam pada masa yang sama, Nabil turut memberitahu isterinya, Nazirah Ayub sering menasihati dirinya agar berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang dan dia juga tidak menyangka kasut itu sedang menjadi bualan ramai sehinggalah pihak Kosmo mengubunginya.

Sementara itu, pengacara MeleTOP itu sempat menitipkan nasihat buat semua pihak bahawa perhiasan yang dipakai hanyalah sementara, jadi tidak perlu terlalu taksub dengan jenama mewah.

Nanti kita mati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan.

Tambahan lagi, dia berkata apa yang perlu manusia bawa ketika berjumpa dengan Yang Maha Esa adalah iman dan amal saja untuk dihitung, segala pakaian yang dipakai tidak akan dilihat sama sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Patutlah Cantik Semacam" - Netizen 'Siasat' Harga Air Jordan Nabil Ahmad Cecah RM11,919!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...