Jangan Culas Atau Ambil Mudah Ye! Ini 4 Jenis Nafkah Suami Perlu Sediakan Selepas Isteri Diceraikan

Kehidupan

Jangan Culas Atau Ambil Mudah Ye! Ini 4 Jenis Nafkah Suami Perlu Sediakan Selepas Isteri Diceraikan

Sejak kebelakangan ini kita sering disajikan dengan berita-berita perpisahan antara suami isteri dalam kalangan selebriti.

Menurut Berita Harian, negeri seperti Selangor dan Johor adalah antara penyumbang terbesar dalam kes perceraian pada tahun lalu.

Advertisement

Akan tetapi tahukah bahawa terdapat banyak nafkah yang boleh dituntut oleh isteri daripada suami selepas perceraian?

Walau bagaimanapun para suami perlu tahu bahawa pemberian nafkah terhadap bekas isteri adalah tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

Gambar Hiasan

Talak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Talak Rajie

Talak rajie ialah seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.

Talak Bain Sugra (1)

Talak bain dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra. Talak bain sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.

Talak Bain Kubra (2)

Talak bain kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat.

Antara nafkah yang boleh dituntut oleh isteri selepas perceraian adalah:

Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:

1) Menyediakan makanan yang sepatutnya.

2)Menyediakan pakaian yang sepatutnya.

3)Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.

4)Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

Gambar Hiasan

Sekiranya si isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

Puteri Sarah, Ira Kazar, Kazar
1 year ago

2 Orang Anak Dah Cerai, Individu Dedah Kazar Memang Ambil Ringan Isu Rumah Tangga?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : esyariah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...